10 tahun simpan mayat ibu dalam peti ais

10 tahun simpan mayat ibu dalam peti ais

Wanita bertindak drastik kerana enggan berpindah dari kediaman dikongsi dengan mendiang ibu.

Mayat tersebut disorokkan dalam peti sejuk beku sejak 10 tahun lalu. (Gambar Rawpixel)

Polis di Jepun menahan seorang wanita selepas mayat ibunya ditemui dalam peti sejuk beku di kediamannya. Mayat tersebut dipercayai disorokkan di situ sejak 10 tahun lalu.

Yumi Yoshino, 48, berkata, dia menyorok mayat ibunya selepas menemuinya tidak bernyawa ‘kerana tidak mahu berpindah dari kediaman yang dikongsi bersama wanita itu, lapor BBC memetik media tempatan.

Mayat itu tidak menunjukkan sebarang kesan kecederaan. Polis juga tidak dapat menentukan punca atau bila mangsa meninggal dunia, dipercayai pada usia 60-an.

Mayat itu dilaporkan ditemui tukang cuci selepas Yoshino terpaksa mengosongkan kediaman berkenaan kerana gagal melunaskan sewanya berjumlah 1.1 juta yen, lapor Japan Today.

Polis berkata, mayat itu dibongkokkan supaya muat dalam peti sejuk beku itu.

Yoshino ditahan di sebuah hotel di Chiba, berhampiran Tokyo, pada Jumaat.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.