
Wanita itu akan mendapat pampasan berkenaan bagi ‘gangguan emosi dan kehilangan pendapatan’ kata suruhanjaya hak asasi manusia negara itu, lapor Daily Mail.
Menurut Michael Timmins, Pengarah Human Rights Proceedings, jumlah pampasan dipersetujui adalah ‘besar’ dan diharapkan menjadi penanda aras untuk kes lain seumpamanya pada masa depan.
Katanya, kes itu penting kerana menjadi peringatan bahawa semua pekerja, tidak kira jenis tugasan dilakukan, berhak hidup bebas daripada gangguan seksual di tempat kerja.
“Kami menggalakkan semua pemilik perniagaan dan majikan memastikan mereka memahami dan menghormati hak itu,” katanya dalam satu kenyataan.
Pejabat Timmins yang mewakili wanita berkenaan dalam tuntutan itu berkata, identiti semua pihak dalam kes itu dirahsiakan. Pampasan diberikan atas persetujuan kedua-dua pihak.
Wanita terbabit memfailkan prosiding gangguan seksual dengan Tribunal Semakan Hak Asasi Manusia yang pada 2014 memutuskan pelacur turut dilindungi daripada gangguan seksual mengikut Akta Hak Asasi Manusia.
Keputusan itu turut menyebut: “Konteks keseluruhan adalah penting. Sekalipun dalam rumah pelacuran, kata-kata digunakan yang berunsur seksual tetapi digunakan untuk menindas atau mendera masih boleh dianggap salah.
“Jadi, tidak timbul persoalan seorang ‘pekerja seks yang waras’ akan menganggap perbuatan itu menjengkelkan atau tidak disenangi. Tidak adillah apabila pekerja seks tidak boleh dilindungi oleh Akta Hak Asasi Manusia,” ujarnya.
Akta Pembaharuan Pelacuran New Zealand membenarkan pelacuran pada 2003 dan mewujudkan rangka kerja untuk melindungi hak asasi pekerja seks selain memastikan kebajikan mereka.
Akta itu membolehkan rumah pelacuran berfungsi sebagai perniagaan sah manakala pekerja seks mendapat hak pekerja penuh.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]