Percikkan tenaga pada ruang tamu anda

Percikkan tenaga pada ruang tamu anda

Ruang tamu boleh menjadi bosan jika pilihan perabot dan warna tidak menyerlahkan penampilan keseluruhan ruang.

Warna dinding turut memainkan peranan dalam memberi tenaga kepada ruang tamu. (Gambar Rawpixel)

Ruang tamu adalah tempat di mana anda melakukan sebahagian besar aktiviti seperti bersantai, bersosial dan berhibur. Biasanya ia merupakan ruang pertama yang akan dimasuki tetamu yang mengunjungi anda.

Televisyen, sofa dan meja boleh menjadikan ruang tamu kelihatan cukup membosankan. Anda boleh sahaja menyerlah ruang tamu dengan kusyen atau bantal-bantal kecil pelbagai warna.

1. Bermain dengan warna dan corak

Penambahan bantal bercorak boleh memberi kehangatan dan keseimbangan dengan visual di ruang tamu.

Sekiranya ruang tamu anda hanya mempunyai dinding putih dan sofa berwarna hambar, tambahkan beberapa kusyen dengan warna dan corak yang terang. Kusyen bercorak menambah kehangatan, keselesaan dan keseimbangan visual di ruang tamu.

2. Bereksperimen dengan warna sekeliling

Warna sofa memainkan peranan penting dalam mengubah ‘mood’ ruang tamu.

Ideanya di sini adalah menggunakan sofa sebagai ‘sauh warna’ dan kemudian memutuskan warna pelengkap atau kontras untuk perabot ruang tamu yang lain. Oleh itu, perhatikan warna sofa dan cuba pasangkan semua yang lain dengan tema warna yang sama.

Contoh: Jika sofa berwarna oren, anda boleh mewarnakan kusyen dengan warna oren yang berbeza seperti ambar dan oren wortel.

Anda kemudian boleh memilih untuk mendapatkan permaidani berwarna kuning dan mungkin lampu dengan warna merah. Cuba bereksperimen dengan warna yang lebih terang dan lebih gelap juga.

3. Warna yang sepadan

Satukan kombinasi warna dari asas yang sama tetapi berbeza warna.

Sekiranya anda mempunyai perabot berwarna terang di ruang tamu, anda juga boleh menggunakan bantal berwarna yang sama.

Ingatlah, bahawa kombinasi warna yang berbeza mewujudkan suasana yang berbeza. Teruskan bereksperimen untuk melihat kombinasi warna di ruang tamu dapat memberikan getaran dan tenaga terbaik.

4. Tumpukan perhatian kepada perabot

Sekiranya warna perabot agak membosan, tambahkan warna kusyen yang ceria atau terang.

Ia pernah berlaku kepada ramai orang. Anda membeli meja yang difikirkan sesuai dengan perabot di ruang tamu. Tetapi apabila sampai di rumah, warnanya bertentangan dan pembelian itu menjadi amat mengecewakan.

Jangan risau, ia boleh diperbaiki. Satu perkara yang boleh anda lakukan ialah mendapatkan beberapa bantal dan kusyen berwarna putih, kuning air atau lain-lain.

Anda boleh melakukan perkara yang sama untuk sofa, misalnya gabungkan dengan kain berwarna biru muda atau berwarna krim. Ini berfungsi untuk menyatukan sofa dan bantal sebagai latar belakang sambil menyerlahkan warna meja di ruang tamu.

5. Pilihan warna langsir

Selain kusyen, langsir juga turut memainkan peranan dalam memberi tenaga kepada ruang tamu anda.

Selain bermain dengan sarung bantal, anda juga boleh bermain dengan langsir untuk menghidupkan ruang tamu. Cubalah langsir bercorak daun, ia membawa unsur ketenangan sambil mencerahkan ruangan secara keseluruhan.

Artikel ini telah diterbitkan pertama kali di kaodim.com

Salah satu platfom perkhidmatan tempatan yang sedang berkembang maju di Asia Tenggara. Kaodim menghubungkan pengguna kepada penyedia perkhidmatan tempatan persendirian dan profesional – dengan pantas dan bebas gangguan. Dengan aplikasi Kaodim, pengguna boleh mengakses kepada perkhidmatan profesional untuk pengubahsuaian rumah, pembersihan pejabat dan banyak lagi.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.