
Jika anda sedang mencari kaedah untuk mengurangkan risiko serangan jantung, apa kata mulakannya dengan mengambil makanan laut yang menjadi kegemaran rakyat Jepun.
Kajian mengatakan, memakan ikan tuna, sardin, salmon dan lain-lain jenis ikan berupaya melindungi lelaki daripada mengalami masalah arteri tersumbat.
Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Amerika College of Cardiology menyatakan perlindungan terhadap jantung itu berpunca daripada asid omega-3 yang kaya dalam ikan-ikan tersebut. Barangkali inilah rahsia mengapa usia rakyat Jepun kebanyakannya panjang-panjang.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]