
Pasti ramai yang mengalami masalah sayur layu dalam peti sejuk. Memang kecewa apabila sayur yang dibeli tidak sampai seminggu sudah tidak boleh digunakan lagi.
Untuk elakkan ini berlaku, cuba cara berikut untuk selamatkan sayur dan duit anda.
Selepas membeli sayur, balut ia dengan kertas tisu kasar. Balut keseluruhan sayur tadi. Kemudian, masukkan ke dalam plastik dan bungkus. Selepas itu masukkan ke dalam peti sejuk. Sekarang, terpulang berapa lama anda ingin gunakan, buka sahaja sayuran ini dan anda pasti tidak kecewa lagi.
Selamat mencuba!
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]