
Pemanduan eko atau ‘eco’ adalah pemanduan yang menggunakan bahan api yang efisien untuk melindungi alam sekitar. Ia adalah satu cara mudah untuk mengurangkan penggunaan bahan api dan menyumbang kepada penjimatan, perlindungan dan pengurangan pencemaran.
Tips pemanduan Eko
- Jangan panaskan enjin terlalu lama kerana banyak bahan api akan dihabiskan. Sejurus kereta dihidupkan, teruslah memandu dengan kelajuan 20kmj selama lima saat.
- Panaskan enjin dalam beberapa saat jika cuaca sejuk atau tidak dihidupkan dalam beberapa hari.
- Jangan memecut secara mendadak. Mengekalkan kelajuan yang stabil akan membantu menjimatkan minyak dan menjamin keselamatan anda.
- Bagi kenderaan yang mempunyai ‘penunjuk pemanduan eko’, sesuaikan kelajuan supaya lampu penunjuk tersebut menyala.
- Jangan membrek secara mengejut. Lepaskan pedal minyak untuk memperlahankan kenderaan sebaik sahaja melihat lampu isyarat merah. Ini dapat menjimatkan penggunaan bahan api dan memanjangkan hayat brek.
- Matikan enjin apabila memunggah barang, ketika menunggu atau mengambil penumpang. Jika enjin dibiarkan begitu sahaja, minyak akan digunakan walaupun kereta berhenti.
- Matikan OD (overdrive) semasa memandu di bandar atau menuruni bukit.
- Gunakan gear rendah untuk memperlahankan kenderaan semasa menuruni bukit.
- Matikan penyaman udara jika tidak memerlukannya. Penggunaan penyaman udara pada kadar tinggi akan meningkatkan penggunaan bahan api.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]