Kulit sihat dengan 6 tips mudah

Kulit sihat dengan 6 tips mudah

Mendapatkan kulit sihat juga bergantung kepada pemakanan dan amalan harian anda.

Untuk miliki kulit sihat, tidak semestinya harus mengeluarkan belanja yang tinggi. Berikut adalah beberapa tips mudah untuk anda amalkan. (Gambar Rawpixel)

Makanan sihat

Hindari atau kurangkan makanan yang boleh menyebabkan wajah berjerawat dan kulit muka berminyak. Contoh: coklat, kentang goreng dan minuman bergas. Banyakkan makan sayuran dan buah-buahan yang boleh mendorong kepada kulit sihat.

Bersenam dan minum air kosong

Minum air kosong lapan gelas sehari dan bersenam secara teratur akan mempengaruhi kesihatan kompleksi kulit wajah. Kelancaran darah menjadikan kulit kembali berseri. Bersenam dan minum air putih yang banyak akan menjadikan badan lebih fit dan bertenaga serta mengurangkan stress.

Cuci muka sebelum tidur

Biasakan mencuci muka dengan air suam sebelum tidur. Pilih pembersih muka yang sesuai dengan jenis kulit anda, kemudian sapukan penyegar dan pelembap. Seminggu sekali, gunakan pupur muka untuk menyerap kotoran lama yang menempel pada kulit dan mengecilkan liang pori.

Tidur yang cukup

Tidur lapan jam setiap malam menjanjikan kesegaran pada tubuh keesokan pagi. Selain menambah tenaga, kulit cerah bebas daripada lingkaran hitam di bawah mata.

Lindungi kulit daripada matahari

Penting sekali melindungi kulit daripada sinaran matahari yang menyebabkannya berkedut, terbakar dan kemerah-merahan. Oleskan krim tabir suria dengan SPF 15 atau lebih.

Berhenti merokok

Merokok menjadikan kulitmu cepat nampak tua.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.