Awas! 5 makanan ini boleh jadikan migrain lebih teruk

Awas! 5 makanan ini boleh jadikan migrain lebih teruk

Pengambilan makanan yang mengandungi bahan pengawet dan diproses akan menyebabkan keadaan migrain menjadi lebih teruk.

Semasa migrain, elakkan makanan yang diawet dan telah diproses. (Gambar Rawpixel)

Pernahkah anda alami rasa sakit kepala yang berulang-ulang? Mulanya di sebelah kanan kemudian merebak ke seluruh kepala diikuti rasa denyutan yang amat kuat. Kadang-kala terasa loya dan keadaan sekeliling menjadi bingit.

Situasi ini dipanggil migrain dan apabila ia menyerang, pesakit akan melakukan pelbagai cara untuk meredakan rasa sakit kepala ini.

Pakar saraf dan sakit kepala dari New York, Cynthia Armand, mengatakan apabila migrain menyerang, otak mengalami tekanan tahap tinggi dan peradangan meningkat. Mengambil makanan yang mempunyai bahan pengawet tertentu akan memburukkan lagi keadaan migrain tersebut.

Oleh itu, penting untuk mengetahui makanan yang perlu dielakkan semasa migrain menyerang.

1. Coklat

Coklat mengandung magnesium tinggi yang dapat membantu meredakan kejang dan rasa sakit. Namun, kandungan kafien di dalam coklat akan memburukkan lagi keadaan pesakit migrain.

2. Hot Dog

Makanan ini mengandung nitrit iaitu pengawet yang berfungsi untuk mencegah pertumbuhan bakteria. Kajian membuktikan nitrit dapat menyebabkan migrain. Malah, kebanyakan makanan yang diproses mampu menyebabkan migrain kerana kandungan nitritnya.

3. Gula yang diproses

Gula yang diproses akan menyebabkan peningkatan kadar gula di dalam darah sehingga menyebabkan pelepasan insulin secara berlebihan. Keadaan ini akan menyebabkan hipoglikemia dari insulin terpaksa bekerja keras untuk menurunkan kadar gula di dalam darah.

Kenaikan gula di dalam darah secara mendadak juga akan mencipta proses pro-inflamasi pada tubuh yang dengan sendirinya menyebabkan migrain.

4. Keju

Keju mengandung vitamin A, kalsium, dan protin yang baik untuk tubuh. Namun, apabila ia disimpan terlalu lama maka ia boleh menjadi penyebab migrain.

Ini kerana keju mengandungi tyramine yang boleh menyebabkan migrain. Semakin lama ia disimpan, kandungan tyramine seperti gouda, feta, dan gruyere menjadi semakin tinggi.

5. Kafein

Kafein yang ditemui di dalam kopi, teh, soda dan minuman yang memberi tenaga sangat berkesan untuk mengurangkan sakit kepala seperti migrain.

Tetapi terlalu banyak mengambil kafein akan menyebabkan serangan migrain dalam bentuk sakit pinggul. Selain itu, berhenti mengambil kafein secara tiba-tiba juga akan menyebabkan migrain.

Dalam jangka pendek, kafein dapat membantu mengatasi migrain. Tapi keadaan ini hanya akan memanjangkan kitaran migrain yang akan membuat seseorang itu terus mengalami sakit kepala setiap hari.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.