Timbalan menteri Hanifah kurang sihat, tak sempat undi Speaker

Timbalan menteri Hanifah kurang sihat, tak sempat undi Speaker

Ahli Parlimen Mukah itu dikatakan tidak sihat pada awal pagi tadi, namun bergegas juga ke Parlimen.

Timbalan Menteri Ekonomi Hanifah Hajar Taib bergegas ke Parlimen walaupun kurang sihat, namun tidak sempat terlibat dalam proses pengundian Speaker, pagi tadi.
PETALING JAYA:
Ahli Parlimen Mukah dari Gabungan Parti Sarawak (GPS) Hanifah Hajar Taib tidak sempat mengundi ketika proses pemilihan Speaker Dewan Rakyat kerana kurang sihat, kata pemimpin utama gabungan itu, Fadillah Yusof.

Fadillah yang juga timbalan perdana menteri, ketika memberitahu FMT, berkata Hanifah mengadu tidak sihat.

“Beliau sudah berada di Parlimen, namun tidak sempat mengundi (calon Speaker),” katanya.

Pagi tadi, Johari Abdul dipilih sebagai Speaker baharu selepas mendapat 147 undi menerusi undian bersurat, berbanding calon dinamakan pembangkang, Radzi Sheikh Ahmad yang memperoleh 74 undi, menjadikan keseluruhan Ahli Parlimen mengundi sebanyak 221.

Hanifah adalah timbalan menteri ekonomi, selain merupakan anak perempuan kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak Abdul Taib Mahmud.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.