
Dalam keadaan Covid-19 menyerang semula, bekerja dari rumah adalah langkah terbaik menyahut seruan kerajaan #stayathome atau kekal duduk di rumah.
Ada yang seronok dapat bekerja dari rumah tetapi ada juga yang merasakan agak sukar. Selain displin yang kuat, anda juga perlu memiliki peralatan dan sokongan. Dengan semua ini, ia akan menjadi satu tren yang lebih mudah selain dapat membantu meningkatkan produktiviti dan ekonomi negara semula.
Bekerja dari rumah memerlukan ruang yang selesa dan peralatan seperti sebuah komputer, kerusi dan meja untuk memberi keselesaan. Tetapi ia mungkin bergantung kepada jenis-jenis pekerjaan. Ada juga peralatan yang disediakan oleh syarikat sendiri.
Bekerja di rumah menyingkap siapa diri anda sebenarnya
Benar, lebih-lebih lagi jika syarikat sering melakukan ‘video call’. Jadi, pastikan ruang bekerja anda sesuai apabila tiba-tiba terpaksa menjawab ‘video call’.
Peralatan canggih untuk bekerja di rumah
Dengan dunia berkembang maju, teknologi pesat membangun, bekerja di rumah bukan satu masalah lagi. Semuanya di hujung jari, anda hanya perlu mendapatkan telefon bimbit atau komputer berkelajuan tinggi dan muat naik aplikasi ‘Zoom’ dan ‘Instagram Live’. Paling penting, pastikan di rumah juga ada talian ‘internet’ bagi memudahkan anda melakukan pekerjaan.

Depresi dan kerisauan kerana kesunyian
Kesunyian akan melanda apatah lagi bila terpaksa bekerja sendirian di rumah tetapi anda sebenarnya boleh membuat ‘video call’ atau ‘zoom’ video bersama rakan pejabat untuk meningkatkan semangat dan moral setiap orang. Jangan terus membisu. Buat pelbagai aktiviti. Hubungi keluarga atau rakan-rakan samada melalui telefon atau video chat.
Menyingkap kemahiran
Tahap pengangguran di dunia kini amat menakutkan, jutaan orang kehilangan pekerjaan dalam masa kurang dari tiga bulan gara-gara Covid-19. Dalam keadaan tersebut, ramai yang terpaksa membuat pelbagai pekerjaan. Workana juga telah bekerjasama dengan beberapa institusi seperti ‘Inter-American Development Bank’ untuk mencipta strategi baharu bagi membantu pekerja-pekerja ini mendapatkan pekerjaan.
Perniagaan bertranformasi
Ada syarikat yang ditutup. Anda juga yang masih berusaha untuk bangun dengan merubah beberapa strategi untuk terus bangkit. Pekerja ‘freelance’ dan kerjasama peralatan ‘software’ menjadi keperluan utama.
Dengan kata lain, untuk meneruskan ‘hidup’, beberapa syarikat akan membuka saluran atas talian atau ‘online’ yang memberi laluan mudah kepada pelanggan untuk berhubung dengan produk dan syarikat.
Kilang dan restoran ditransfomasi bila mana lebih banyak acara atas talian, lebih banyak robot dan servis dan produk boleh ditawarkan secara ‘online’, bebas ‘coronavirus’.
Untuk menjadi lebih maju dan berdaya saing, syarikat mestilah bersedia untuk berhadapan dengan cabaran-cabaran ini.
Ingin mendapatkan pasukan pekerja profesional? Workana boleh membantu! Klik disini untuk mengetahui bagaimana mereka dapat membantu syarikat anda berkembang dengan pakar-pakar ini.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]