
Menurut Prasarana dalam kenyataan, keputusannya untuk meninggalkan syarikat itu atas sebab-sebab peribadi selaras dengan perancangan beliau untuk langkah seterusnya.
“Maklumat lanjut berhubung kesinambungan kepimpinan syarikat akan dimaklumkan melalui saluran komunikasi rasmi Prasarana.
“Prasarana merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas sumbangan dan kepimpinan beliau sepanjang tempoh perkhidmatan dan mendoakan yang terbaik dalam perancangan masa depan beliau,” menurutnya.
Sepanjang tempoh perkhidmatannya, Amir telah memainkan peranan penting dalam memacu pelbagai inisiatif transformasi dan memperkukuh operasi syarikat dalam memastikan operasi perkhidmatan pengangkutan awam yang lebih baik kepada rakyat, menurut Prasarana.