
Anak perempuan kepada Raja Bollywood Shah Rukh Khan, Suhana Khan menjadi wajah muka depan majalah berprestij, Vogue India sekaligus mengiktiraf kedudukan gadis itu dalam dunia hiburan India yang sangat luas.
Suhana Khan yang baru berusia 18 tahun merupakan anak kedua pasangan Shah Rukh Khan dan Gauri selain abangnya Aryan,20 dan adiknya AbRam,5.
Maka menjadi satu-satunya puteri kesayangan bapa, gadis ini tidak terlepas dari bidikan kamera paparazzi serta perhatian peminat dunia, namun nampaknya bukan semua orang boleh menerima keputusan empunya badan ditayang dalam majalah Vogue.
Ini kerana netizen menganggap pilihan Suhana Khan bukan sahaja tidak membawa apa-apa makna malah tidak relevan kecuali kerana dia anak kepada King of Khan, Shah Rukh.
Namun berbeza pula dengan si bapa yang amat bangga dan berpuas hati dengan paparan wajah anaknya di kulit muka majalah itu.
“Holding her in my arms again thanks to Vogue. ‘What imperfect carriers of love we are…” except when it comes to our children. So sending u all my love & a big hug. Hello Suhana Khan!” (Memeluknya dalam dakapan lenganku semula, terima kasih Vogue. Kasih sayang yang tak sempurna, kecuali ketika mendakap anak. Jadi, ingin saya sampaikan rasa cinta dan pelukan untuk anda semua. Halo Suhana Khan!), tulis Shah Rukh di laman Twitternya.
“Saya benar-benar menyukai potret kulit majalah ini,” kata Suhana dalam satu wawancaranya.
“Khususnya pose menari di dalam majalah itu. Saya amat suka menari kerana ia memberi kepuasan. Saya juga gembira . Saya cinta menari! Ini sangat menyenangkan. Saya sangat juga selesa apabila direstui ibu bapa saya. Mereka mahu saya bangkit dengan kepercayaan diri yang terbina dari pengalaman,” antara petikan dalam wawancaranya itu.

Bagaimanapun, netizen pula tidak selesa dengan semua itu.
Mereka mempersoal kedudukan dan kerjaya Suhana selain menjadi anak kepada bintang Bollywood, Shah Rukh dan menggelarnya sebagai nepotisme.
“Suhana dipilih menjadi cover Vogue India kerana dia anak bintang Bollywood yang hebat.”
Bukan itu sahaja, salah satu topik yang dipromosi dalam majalah itu ialah menceritakan kesengsaraan Suhana menjadi anak bintang terkemuka turut disindir netizen.
“Sengsara kerana rumah banglow mengadap pantai, jadi percutian tepi pantai tidak lagi menyeronokkan?” soal seorang netizen.
Majalah itu juga menggelar Suhana selaku, pelajar, peminat teater dan bakal pelakon menerima kecaman.
“Apa pelajar, peminat teater dan bakal pelakon? Jadi apa kemajuan dia sehingga dipilih menjadi kulit muka depan? Oh, dia anak bintang Bollywood. Shah Rukh Khan tidak sepatutnya memaksa kita,” kata seorang netizen pula.
Apapun, sebilangan yang lain turut melihat paparan imej Suhana sebagai satu pengiktirafan yang baik dan tidak sepatutnya dikecam.
“Saya rasa dia layak berada di kulit muka Vogue India.”