‘Projek Dapat Baby’ Najwa Medispa tampilkan Rita Rudaini

‘Projek Dapat Baby’ Najwa Medispa tampilkan Rita Rudaini

Dr Najwa Aesthetic Sdn. Bhd turut menampilkan kelainan menerusi pengumuman drama bersiri 8 episod berjudul “Projek Dapat Baby” pada majlis pelancaran Najwa Medispa.

“Projek Dapat Baby” yang menjadi tarikan utama majlis pelancaran Najwa Medispa baru-baru ini rupanya sebuah drama 8 episod dalam talian yang akan ditayangkan di laman sosial.

Demikian dikongsi oleh Dr Najwa Aesthetic Sdn. Bhd. yang baru sahaja melancarkan Najwa Medispa di Evo Mall Bangi, sebuah Medispa Premium yang memfokuskan rawatan kecantikan menggunakan kepakaran, produk dan teknologi dari Korea Selatan.

Pengasasnya, Dr Syarifah Najwa Binti Syed Ahmad berkata, pihaknya menjalankan kerjasama dalam bentuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) bersama-sama dengan syarikat kosmetik terkenal daripada Korea Selatan bagi mengenalpasti teknologi yang sesuai untuk diadaptasi dengan wajah, kulit dan demografi rakyat di negara ini.

Justeru, Najwa Medispa katanya sedia menawarkan perkhidmatan rawatan kecantikan kelas pertama kerana juruterapinya terdiri daripada mereka yang berpengalaman luas dan terlatih dalam mengendalikan mesin-mesin rawatan di spa kecantikan.

Beliau juga tidak menolak sentimen pasaran kecantikan dan kesihatan yang semakin kompetitif pada masa kini, namun Dr. Najwa Aesthetic Sdn. Bhd. katanya akan sentiasa memikirkan strategi proaktif dan menggunakan produk dan teknologi terkini dalam membentuk keyakinan para pengguna.

“Kami juga tampil dengan kelainan dan inovasi baru menerusi pembikinan sebuah drama bersiri 8 episod yang berjudul “Projek Dapat Baby” untuk ditayangkan di laman sosial,” jelas Syarifah.

Drama yang diterbitkan bersama Najwa Medispa dan Anomalous Films diarahkan oleh Syed Fariz (Busker, Keluarga Iskandar, Biniku Ninja), skrip oleh Fairul Nizam Ablah (Binku Ninja, Jangan Ambil Padang Kami, Surihati Mr Pilot).

Menarik lagi, ia menampilkan pelakon Rita Rudaini dan Tony Eusoff sebagai teraju utama dengan dibantu oleh pelakon seperti Susan Lankester, Fikry Ibrahim, Raysha Rizrose, Eyka Farhana, Louisa Chong, Mahmud Ali Bashah, Azhar Sulaiman, Aida Rahim, Mr Kokom dan beberapa pelakon tempatan yang lain.

“Projek Dapat Baby” mengisahkan watak Razak (Tony Eusoff) dan Najwa (Rita Rudaini) pada usia 40an yang masih belum memiliki zuriat mencuba pelbagai kaedah moden dan tradisional dalam usaha mereka untuk mendapatkan anak.

Drama ini dipercayai akan mencuit hati penonton kerana diambil mengambil kira elemen humor selain drama keluarga.

Ia boleh ditonton di laman Youtube dan Facebook mulai 30hb Julai 2018.

Najwa Medispa menjemput orang ramai untuk merasai sendiri pengalaman rawatan kecantikan eksklusif di Najwa Medispa bertempat di Aras 3, Evo Mall, Bangi.

Untuk tempahan, anda boleh menghubungi talian 012-4565721 atau laman Facebook, Najwa Medispa.

Banyak tawaran dan diskaun yang disediakan kepada mereka yang mengikuti laman web Najwa Medispa.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.