
“Dengan perkembangan terbaru ini, jumlah keseluruhan kematian meningkat kepada 62 orang, manakala 293 mangsa terselamat dan 17 individu lagi masih hilang,” menurut PCG dalam kenyataan dimuat naik di Facebook lewat Selasa.
Kapal M/V Trisha Kerstin 3 sedang dalam pelayaran ke Pulau Jolo di Wilayah Sulu apabila ia karam di perairan luar Pulau Baluk-Baluk di Wilayah Basilan.
Menurut pihak berkuasa, kapal berkenaan menghantar isyarat kecemasan kira-kira 1.50 pagi pada 25 Jan, iaitu kira-kira empat jam selepas bertolak dari Pelabuhan Zamboanga di Mindanao.
Filipina, sebuah negara kepulauan yang terdiri daripada lebih 7,000 pulau, mempunyai sejarah panjang nahas feri yang meragut nyawa, dan sering dikaitkan dengan masalah lebih muatan serta penguatkuasaan peraturan keselamatan maritim yang lemah.