
Saman difailkan 23 Jan lalu itu mendakwa Google Assistant diaktifkan tanpa kebenaran pengguna dan merakam perbualan peribadi, yang kemudiannya dihantar ke pelayan Google.
Menurut aduan itu, peranti Android menggunakan Google Assistant direka untuk diaktifkan hanya selepas mengesan frasa pencetus seperti “Hey Google” atau “Okay Google”, namun pembantu itu kadangkala diaktifkan secara tidak sengaja.
Walaupun Google memproses arahan suara dengan menghantar rakaman ke pelayannya, saman itu mendakwa pengaktifan tidak disengajakan itu menyebabkan pengumpulan dan penghantaran perbualan peribadi tanpa pengetahuan pengguna.
Ciri pembantu itu tersedia pada pelbagai peranti, termasuk telefon Google, pembesar suara pintar, komputer riba, tablet dan fon kepala tanpa wayar.
Google memaklumkan ia bersetuju membayar USD68 juta bagi mengelakkan prosiding litigasi.
Penyelesaian itu masih menunggu kelulusan Hakim Mahkamah Daerah Amerika Syarikat, Beth Labson Freeman.
Dalam perkembangan berkaitan, Apple pada 3 Jan lalu turut bersetuju membayar USD95 juta bagi menyelesaikan satu saman tindakan satu pihak mendakwa pembantu suara Siri mendengar perbualan peribadi dan melanggar privasi pengguna.