Peminat bola Scotland dipenjara baling kerusi cederakan pemain skuad sendiri

Peminat bola Scotland dipenjara baling kerusi cederakan pemain skuad sendiri

Pemain Aberdeen Jack MacKenzie dilaporkan mengalami 'kecacatan kekal' disebabkan luka dalam pada kening kiri dan melecet bawah mata kirinya.

jail prison
Peminat bola sepak David Gowans dijatuhkan hukuman penjara 18 bulan kerana mencederakan pemain Aberdeen, Jack MacKenzie ketika perlawanan Liga Perdana Scotland tahun lalu. (Gambar fail)
DUNDEE:
Seorang peminat bola sepak dijatuhkan hukuman penjara 18 bulan pada Isnin kerana mencederakan pemain pasukan sendiri dengan membaling sebahagian kerusi ketika perlawanan Liga Perdana Scotland, lapor PA Media/dpa.

David Gowans, 31, membaling objek itu ke padang selepas perlawanan liga antara Aberdeen dan Dundee United di Dundee pada 17 Mei tahun lalu.

Objek itu terkena pemain Aberdeen, Jack MacKenzie, yang ketika itu ke kawasan depan penyokong Aberdeen yang hadir bagi mengucapkan terima kasih atas sokongan mereka.

Pemain pertahanan itu dilaporkan mengalami “kecacatan kekal” disebabkan luka dalam pada kening kiri dan melecet bawah mata kirinya.

Ketika menjatuhkan hukuman di Mahkamah Sheriff Dundee pada Isnin, Alastair Carmichael memberitahu Gowans: “Tindakan anda mementingkan diri, bodoh, berbahaya dan amat tidak bertanggungjawab.

“Tiada alternatif munasabah selain hukuman penjara.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.