10 individu tular gaduh baling kerusi ketika upacara agama ditahan

10 individu tular gaduh baling kerusi ketika upacara agama ditahan

Suspek termasuk remaja 14 tahun itu ditahan selepas video pergaduhan mereka tular di media sosial.

10 individu tular gaduh baling kerusi fb pic 19925
Foto tular menunjukkan kejadian pergaduhan hingga membaling kerusi dalam kejadian di Segamat. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Seramai 10 individu termasuk remaja bawah umur ditahan polis selepas terlibat dalam pergaduhan hingga membaling kerusi dalam kejadian tular di Segamat.

Timbalan Ketua Polis Segamat, Ng Swie Chat, berkata semua suspek berusia 14 hingga 56 tahun itu ditahan selepas video pergaduhan mereka tular di media sosial.

Katanya, siasatan mendapati kejadian berlaku di Padang Awam Li Chi kira-kira 11.58 malam Rabu lalu.

“Soal siasat terhadap kesemua suspek yang ditahan dan mereka mengaku terbabit dalam pergaduhan itu.

“Kita membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 324 dan Seksyen 148 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan, menurut Harian Metro.

Menurutnya, polis turut merampas beberapa kerusi plastik yang dipercayai senjata digunakan semasa kejadian berlaku.

“Permit lesen pertunjukan wayang dan kugiran bagi upacara keagamaan juga dibatal serta-merta oleh Pejabat Daerah Segamat.

“Orang ramai mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau (IPD) Segamat di talian 07-9324222,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.