38 maut rempuhan di India

38 maut rempuhan di India

Kejadian berlaku di negeri Tamil Nadu ketika perhimpunan dianjurkan oleh pelakon terkenal India Vijay bagi menyokong parti politiknya Tamilaga Vettri Kazhagam.

Polis dan anggota keselamatan berkawal di luar sebuah hospital selepas rempuhan di perhimpunan politik di India. (Gambar EPA Images)
NEW DELHI:
Angka korban akibat rempuhan dalam satu perhimpunan politik di selatan India pada Sabtu meningkat kepada 38 orang, dengan kebanyakan mangsa terdiri wanita dan kanak-kanak, lapor Xinhua memetik media tempatan.

Kejadian berlaku di negeri Tamil Nadu ketika perhimpunan dianjurkan oleh pelakon terkenal India, Vijay bagi menyokong parti politiknya, Tamilaga Vettri Kazhagam.

Menurut V Senthil Balaji, pemimpin kanan parti pemerintah negeri Dravida Munnetra Kazhagam, seramai 46 mangsa cedera dirawat di sebuah hospital swasta, manakala 12 lagi dibawa ke hospital kerajaan.

Perdana Menteri India, Narendra Modi, dalam hantaran di platform X menzahirkan rasa sedih atas tragedi itu.

“Takziah kepada keluarga yang kehilangan insan tersayang. Semoga mereka diberi kekuatan menghadapi saat sukar ini.

“Saya juga mendoakan agar semua yang cedera segera sembuh,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.