
Lembaga pengarah menilai tindakan Freixe sebagai pelanggaran kod etika dan garis panduan dalaman Nestlé, menurut kenyataan syarikat itu.
“Keputusan ini perlu diambil,” kata Pengerusi Nestlé, Paul Bulcke sambil merakamkan penghargaan kepada Freixe yang berkhidmat hampir 40 tahun bersama syarikat itu.
Lembaga pengarah melantik CEO Nespresso, Philipp Navratil menggantikan Freixe.
Syarikat itu berkata, hala tuju strategiknya kekal tidak berubah, namun berhasrat mempercepatkan pertumbuhan dan kecekapan.
Navratil yang menyertai Nestlé sejak 24 tahun lalu memulakan kerjayanya dalam bahagian audit dalaman pada 2001.
Setahun lalu, beliau dilantik CEO Nespresso dan sejak Januari lalu beliau dilantik anggota lembaga eksekutif.
Freixe mengambil alih jawatan CEO Nestlé pada September 2024, menggantikan pengurus dari Jerman yang juga bekas CEO Fresenius, Mark Schneider.