3 wartawan antara 14 terbunuh serangan ke atas hospital Gaza

3 wartawan antara 14 terbunuh serangan ke atas hospital Gaza

Jurukamera Palestin TV Hossam al-Masry, jurukamera Al Jazeera Mohammed Salama, dan wartawan Maryam Abu Daqqa maut, manakala beberapa wartawan lain turut cedera.

Nasser Hospital AFP 250825
Petugas kesihatan dan pasukan pertahanan awam turut terbunuh ketika cuba memindahkan mangsa cedera dalam serangan di Kompleks Perubatan Nasser di Khan Yunis. (Gambar AFP)
GAZA:
Sekurang-kurangnya 14 terbunuh, manakala puluhan lagi cedera apabila jet pejuang Israel menyerang Kompleks Perubatan Nasser di Khan Yunis, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA) memetik sumber perubatan.

Antara yang terkorban termasuk jurukamera Palestin TV Hossam al-Masry, jurukamera Al Jazeera Mohammed Salama, dan wartawan Maryam Abu Daqqa, sementara beberapa wartawan lain turut cedera.

Petugas kesihatan dan pasukan pertahanan awam turut terbunuh ketika cuba memindahkan mangsa cedera.

Dua hari lalu, jurukamera Palestin TV Khaled al-Madhoun terbunuh dalam serangan udara berasingan oleh Israel.

Dalam laporan berasingan, WAFA memetik sumber perubatan sebagai berkata seramai 11 orang awam termasuk dua kanak-kanak meninggal dunia akibat kebuluran dan kekurangan zat makanan dalam tempoh 24 jam lalu.

Sumber perubatan melaporkan jumlah keseluruhan korban akibat kebuluran dan kekurangan zat makanan kini meningkat kepada 300, termasuk 117 kanak-kanak.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.