
NAIROBI: Sekurang-kurangnya 25 orang maut pada Jumaat apabila sebuah bas berkapasiti 51 penumpang terbalik di barat Kenya, lapor Anadolu Ajansi memetik kenyataan polis.
Ketua Trafik Wilayah Nyanza, Peter Maina, berkata rombongan itu dalam perjalanan pulang daripada majlis pengebumian apabila bas terbabit dilaporkan hilang kawalan sebelum terbalik di kawasan yang dikenal pasti lokasi kerap berlaku kemalangan.
Nahas berlaku di Bulatan Coptic, daerah Kisumu, kira-kira 350km di barat laut Nairobi.