
“Kami mengesahkan seramai 11 mangsa sedang menerima rawatan susulan serangan di Traverse City,” kata jurucakap Pusat Perubatan Munson dalam satu kenyataan di media sosial.
Polis Michigan memaklumkan, pihak berkuasa sedang menyiasat ‘insiden tikaman beramai-ramai’ di pasar raya Walmart di Traverse City.
“Suspek ditahan, namun maklumat lanjut masih terhad pada ketika ini,” kata pihak polis.
Pihak hospital memaklumkan mereka sedang berdepan ‘jumlah pesakit yang lebih tinggi daripada biasa’.
Traverse City menjadi destinasi pelancongan popular kerana kedudukannya yang berhampiran dengan Tasik Michigan dan tasik-tasik besar lain di kawasan itu.