AS sambung semula proses permohonan visa pelajar Harvard

AS sambung semula proses permohonan visa pelajar Harvard

Arahan baharu itu membatalkan arahan Khamis lalu, kurang sejam sebelum seorang hakim menghalang pentadbiran Donald Trump menyekat pelajar asing belajar di Harvard.

Harvard AFP 290525
Menurut kabel dihantar Jabatan Negara AS pada malam Jumaat, konsulat di seluruh dunia diarah sambung semula pemprosesan visa pelajar dan pelawat pertukaran Universiti Harvard. (Gambar AFP)
NEW YORK:
Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) pada malam Jumaat mengarahkan konsulat di seluruh dunia menyambung semula pemprosesan permohonan visa pelajar antarabangsa diterima masuk ke Universiti Harvard, sekali gus membatalkan arahan sehari sebelumnya supaya permohonan itu ditolak.

Xinhua memetik laporan The Washington Post berkata, arahan baharu itu membatalkan arahan dikeluarkan Khamis lalu, kurang sejam sebelum seorang hakim menghalang pentadbiran Donald Trump menyekat pelajar antarabangsa memasuki negara itu untuk belajar di Harvard.

“Bahagian konsular mesti menyambung semula pemprosesan visa pelajar dan pelawat pertukaran Universiti Harvard,” menurut laporan yang memetik kabel dihantar Jabatan Negara AS.

Kabel itu dihantar selepas cubaan kedua pentadbiran Trump untuk menyekat visa pelajar asing merancang untuk menyambung pengajian di Harvard.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.