
Empat kes itu dikenal pasti Pusat Rujukan Nasional di Lyon, menurut saluran penyiaran BFMTV pada Jumaat.
“Beberapa negara melaporkan kehadiran varian ini. Di Perancis, kami menemui beberapa kes – tidak banyak – empat kes dikenal pasti, baik di hospital mahupun dalam komuniti,” kata ahli virologi, Bruno Lina.
Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Eropah (ECDC) turut memaklumkan beberapa kes NB.1.8.1 dikesan di Jerman, Ireland, Belanda, Sepanyol dan Sweden, setakat bulan lalu.
Varian NB.1.8.1 kini dominan di China dan sedang menular di beberapa negara Asia menyebabkan peningkatan kes jangkitan serta kemasukan ke hospital di Hong Kong dan Taiwan.
Walaupun dipercayai tidak menyebabkan gejala penyakit lebih serius, pihak berkuasa menasihatkan pemakaian pelitup muka di kawasan sesak serta meningkatkan bekalan vaksin dan rawatan.