3 pekerja binaan maut pelantar kren jatuh

3 pekerja binaan maut pelantar kren jatuh

Ketiga-tiga mangsa sedang bekerja di atas jambatan bertingkat berhampiran bandar Horb am Neckar, Jerman.

Tiga pekerja binaan maut di barat daya Jerman selepas terjatuh bersama pelantar kerja yang digantung pada sebuah kren, lapor Agensi Berita Jerman. (Gambar Envato Elements)
STUTTGART:
Tiga pekerja binaan maut di barat daya Jerman pada Selasa selepas terjatuh bersama pelantar kerja yang digantung pada sebuah kren, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Jurucakap polis berkata punca kejadian masih belum dapat dipastikan.

Ketiga-tiga mangsa sedang bekerja di atas jambatan bertingkat yang bakal disambungkan ke lebuh raya B32 berhampiran bandar Horb am Neckar, kira-kira 50 kilometer ke selatan Stuttgart.

Jambatan sepanjang 2,100 meter dan setinggi 90 meter itu dijangka dibuka kepada lalu lintas menjelang 2028.

Tidak dapat dipastikan dari ketinggian berapa pelantar itu terjatuh.

Kerja-kerja di tapak pembinaan berkenaan telah dihentikan susulan kejadian itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.