1 maut, 5 cedera dalam letupan di California

1 maut, 5 cedera dalam letupan di California

Individu yang dipercayai bertanggungjawab dalam letupan itu terbunuh di tempat kejadian, kata sumber penguatkuasaan undang-undang.

Sekurang-kurangnya seorang maut dan lima lagi cedera dalam satu letupan di luar sebuah klinik kesuburan di California, menurut pihak berkuasa, lapor Xinhua. (Gambar AP)
LOS ANGELES:
Sekurang-kurangnya seorang maut dan lima lagi cedera dalam satu letupan di luar sebuah klinik kesuburan di bandar peranginan padang pasir Palm Springs, California pada Sabtu, menurut pihak berkuasa, lapor Xinhua.

Individu yang dipercayai bertanggungjawab dalam letupan itu terbunuh di tempat kejadian, kata sumber penguatkuasaan undang-undang. Identiti mangsa yang maut belum didedahkan.

Ketua Polis Palm Springs, Andy Mills, berkata letupan itu dipercayai merupakan tindakan keganasan yang disengajakan. Letupan itu menyebabkan kerosakan besar, melibatkan beberapa bangunan di beberapa blok kawasan.

Dalam satu hantaran di platform media sosial X, Peguam Negara Amerika Syarikat Pamela Bondi mengesahkan bahawa ejen persekutuan membantu pihak berkuasa tempatan dalam siasatan.

Pihak berkuasa menggesa orang ramai supaya mengelakkan kawasan itu yang masih diklasifikasikan sebagai kawasan kecemasan aktif sementara siasatan dijalankan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.