6 maut pesawat polis terhempas di Thailand

6 maut pesawat polis terhempas di Thailand

Kejadian berlaku berhampiran pantai bandar peranginan Hua Hin, wilayah Phetchaburi, Thailand pada tadi.

thailand plane crash
Sebuah pesawat kecil polis terhempas di Thailand pada tadi, mengakibatkan enam orang terbunuh. (Gambar AP)
BANGKOK:
Sebuah pesawat kecil polis terhempas berhampiran pantai bandar peranginan Hua Hin, wilayah Phetchaburi, Thailand pada tadi, mengorbankan enam orang, menurut polis Thailand.

Polis negara Thailand menyatakan di laman media sosial bahawa pesawat dari bahagian penerbangan polis itu terhempas ke laut sejurus selepas berlepas, dengan kesemua enam orang di dalam pesawat terbunuh, lapor Xinhua.

Menurut polis kemalangan itu berlaku semasa pesawat sedang menjalankan ujian penerbangan untuk latihan payung terjun. Punca kemalangan akan disiasat.

Pusat Kecemasan Polis wilayah Phetchaburi berkata mereka menerima pemberitahuan mengenai insiden pesawat itu pada kira-kira 8.15 pagi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.