10 maut bas mini dirempuh kereta api di Mesir

10 maut bas mini dirempuh kereta api di Mesir

Perdana Menteri Mesir Mostafa Madbouly mengarahkan pampasan 100,000 pound Mesir (kira-kira USD1,974) disalurkan kepada setiap keluarga mangsa korban.

Egyptian passengers cross rial ways in Cairo, Egypt
Perkhidmatan Kereta Api Nasional Mesir menggesa pemandu dan pejalan kaki menggunakan lintasan kereta api ditetapkan bagi mengelakkan tragedi sama berulang. (Gambar AP)
KAHERAH:
Sekurang-kurangnya 10 maut, manakala 12 lagi cedera selepas sebuah bas mini dirempuh kereta api di wilayah Ismailia, timur laut Mesir pada Khamis, menurut kenyataan Kementerian Kesihatan.

Perkhidmatan Kereta Api Nasional Mesir (ENR) dalam kenyataan berasingan memaklumkan nahas berlaku apabila bas itu cuba melintasi landasan melalui laluan tidak dibenarkan, lapor Xinhua.

Sebanyak 13 ambulans dikejarkan ke lokasi dan mangsa cedera dibawa ke Hospital Pusat El Qantara Sharq untuk menerima rawatan.

ENR menggesa pemandu dan pejalan kaki menggunakan lintasan kereta api ditetapkan bagi mengelakkan tragedi sama berulang.

Perdana Menteri Mesir, Mostafa Madbouly mengarahkan Kementerian Perpaduan Sosial menyalurkan pampasan 100,000 pound Mesir (kira-kira USD1,974) kepada setiap keluarga mangsa korban.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.