
“Namun, ini bergantung kepada pembelaan yang boleh diambil bekas presiden itu,” kata Setiausaha Rendah Pejabat Komunikasi Presiden dan Pegawai Akhbar Istana, Claire Castro dalam taklimat media, menurut Agensi Berita Filipina (PNA).
Menurut laman sesawang ICC, mahkamah tidak mengenakan hukuman mati.
Namun, hakimnya boleh menjatuhkan hukuman penjara hingga 30 tahun atau seumur hidup dalam kes-kes luar biasa. Sabitan boleh dirayu, dan mahkamah juga boleh mengarahkan pampasan untuk mangsa.
Penahanan Duterte oleh Interpol dan pihak berkuasa tempatan susulan siasatan ICC ke atas dakwaan kempen antidadahnya menyebabkan ribuan pembunuhan di luar bidang kehakiman semasa beliau menjadi Datuk Bandar Davao City dan presiden.
Bekas presiden itu diterbangkan ke luar negara pada Selasa malam.
Castro berkata, Duterte perlu menghadiri perbicaraan di mahkamah tempatan Belanda terlebih dahulu untuk menentukan kesahihan penangkapannya sebelum dibawa ke ICC untuk menghadapi tuduhan.
Presiden Filipina, Ferdinand R Marcos Jr dalam sidang akhbar sejurus Duterte diterbangkan ke The Hague berkata, tangkapan itu atas permintaan Interpol, bukannya ICC.