X alami gangguan, ribuan pengguna terjejas seluruh dunia

X alami gangguan, ribuan pengguna terjejas seluruh dunia

Kira-kira 90,000 pengguna X melaporkan masalah pada dua waktu berasingan sepanjang hari.

x-twitter
Menurut laman pengesan gangguan Downdetector.com, platform media sosial X mengalami gangguan semalam hingga menjejaskan ribuan pengguna di seluruh dunia. (Gambar AP)
ISTANBUL:
Platform media sosial X mengalami gangguan pada Isnin, menjejaskan ribuan pengguna di seluruh dunia, menurut laman pengesan gangguan Downdetector.com, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Kira-kira 90,000 pengguna X melaporkan masalah pada dua waktu berasingan sepanjang hari.

Downdetector mengumpul data daripada laporan yang dikemukakan oleh pengguna, yang bermakna bilangan sebenar pengguna terjejas mungkin lebih tinggi.

Cisco turut melaporkan bahawa gangguan itu memberi kesan kepada puluhan pelayan di seluruh dunia.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.