4 maut dalam kebakaran hotel di Dhaka

4 maut dalam kebakaran hotel di Dhaka

Satu mayat ditemukan di dalam bilik air, manakala tiga lagi dijumpai berhampiran tangga menuju ke bumbung.

Dalam kejadian kebakaran di sebuah hotel di Dhaka, kebanyakan mangsa didapati maut akibat sesak nafas setelah terperangkap dalam kepulan asap tebal. (Gambar Freepik)
DHAKA:
Sekurang-kurangnya empat maut dalam kebakaran dahsyat di sebuah hotel kediaman di ibu negara Bangladesh pada Isnin, lapor Xinhua.

Pemangku Jurucakap Pusat Media Perkhidmatan Bomba Talha Jashim memberitahu pemberita, kebakaran bermula di tingkat pertama bangunan enam tingkat itu pada 12.31 tengah hari waktu tempatan.

Katanya, beberapa unit bomba berjaya mengawal api pada kira-kira 1.04 tengah hari.

Tetamu hotel dan kakitangan yang panik cuba menyelamatkan diri tetapi terperangkap di dalam bilik mereka.

Satu mayat ditemukan di dalam bilik air di tingkat dua, manakala tiga lagi dijumpai di tingkat lima, berhampiran tangga menuju ke bumbung.

Kebanyakan mangsa didapati meninggal dunia akibat sesak nafas setelah terperangkap dalam kepulan asap tebal.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.