2 maut tembakan di hospital AS

2 maut tembakan di hospital AS

Seorang daripada tiga pegawai polis yang terkena tembakan meninggal dunia dan suspek turut terbunuh di tempat kejadian.

Pennsylvania Hospital-Shooting
Lima lagi mangsa cedera selepas suspek bersenjatakan pistol memasuki unit rawatan rapi Hospital Memorial UPMC dan menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan. (Gambar AP)
MOSCOW:
Dua maut, lima lagi cedera dalam tembakan di sebuah hospital di Pennsylvania, Amerika Syarikat pada Sabtu, lapor Sputnik/RIA Novosti yang memetik ABC News.

Suspek, Diogenes Ortiz bersenjatakan pistol ketika memasuki unit rawatan rapi (ICU) Hospital Memorial UPMC sebelum menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan.

Dia melepaskan tembakan ke arah seorang doktor, jururawat dan penjaga hospital, yang kini dalam keadaan stabil.

Selain itu, tiga pegawai polis turut terkena tembakan, dengan seorang daripadanya meninggal dunia.

Pihak berkuasa yang tiba di lokasi cuba berunding, namun Ortiz bertindak menjadikan seorang petugas perubatan sebagai tebusan.

Keadaan itu memaksa polis melepaskan tembakan menyebabkan suspek terbunuh di tempat kejadian.

Motif serangan belum dikenal pasti dan pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan lanjut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.