
Komander Kor Keselamatan Jalan Raya Persekutuan (FRSC) Niger, Kumar Tsukwam mengesahkan insiden yang berlaku di Suleja.
Beliau memaklumkan bahawa ramai mangsa cedera ketika cuba mengambil minyak dari tangki yang tumpah di jalan raya.
“Setakat ini, 60 mayat ditemukan di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan.
Pasukan FRSC dan agensi-agensi lain masih berada di lokasi untuk menjalankan operasi menyelamat.
Dalam kenyataan berasingan, Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Kecemasan Negeri Niger (NSEMA), Abdullahi Baba-Arah menjelaskan bahawa insiden berlaku apabila sebuah lori tangki membawa muatan petrol bertembung sebuah lagi lori tangki minyak.
Kemudiannya minyak itu cuba dipindahkan.
Semasa proses itu, petrol dipercayai terkena sebuah generator yang digunakan untuk memindahkan minyak, menyebabkan letupan yang mengorbankan dan mencederakan ramai mangsa.