
Mangsa seorang atlet dari kasta rendah Dalit memberitahu polis beliau diserang secara seksual oleh 62 orang sepanjang tempoh lima tahun.
Polis mengenal pasti 58 lelaki terlibat termasuk suspek bawah umur, dengan 44 daripadanya ditahan dalam tempoh dua hari lalu.
“Kami telah mengenal pasti 14 yang lain dan mereka akan ditahan tidak lama lagi,” kata Timbalan Superintendan Polis Pathanamthitta, PS Nandakumar, di mana jenayah itu berlaku.
Kes itu mendapat perhatian selepas mangsa mengadu kepada seorang sukarelawan ketika satu program kesedaran jantina.
Nandkumar yang mengetuai siasatan itu berkata, butiran kejadian masih disiasat.
Dalam kenyataannya kepada polis, mangsa berkata beliau mula didera secara seksual ketika berusia 13 tahun oleh seorang jiran yang merogolnya. Menurut laporan media tempatan, empat suspek adalah lelaki bawah umur.
Lebih 31,000 kejadian rogol dilaporkan di India pada 2022, manakala kadar sabitan sangat rendah.
Kes rogol dan bunuh kejam seorang doktor di Kolkata tahun lalu mencetuskan kemarahan di India dengan protes dan perarakan mendesak tindakan tegas terhadap tertuduh dalam kes itu.