
Mayat itu ditemui di sebuah ruangan menempatkan peralatan pendaratan pesawat ketika penerbangan 202 dari Lapangan Terbang Antarabangsa O’Hare, Chicago mendarat di Lapangan Terbang Kahului pada petang Selasa, menurut laman sesawang syarikat penerbangan itu.
Tiada butiran si mati diberikan.
“Bahagian roda hanya boleh diakses dari luar pesawat. Ketika ini, tidak jelas bagaimana atau bila individu itu masuk ke bahagian roda.”
United berkata, ia sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam siasatan mereka. Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat tidak menjawab permintaan untuk komen.
“Penumpang haram” dalam bahagian roda tanpa tekanan dan ruangan penyimpanan kargo pesawat berdepan suhu antara -50 dan -60 darjah Celsius, selain kekurangan oksigen.
Walaupun kadar kematian tinggi bagi kebanyakan “penumpang haram” bersembunyi dalam bahagian roda, ada yang terselamat daripada keadaan itu.
Seorang individu ditemui dalam keadaan hidup di ruangan bawah pesawat pengangkut Algeria di Paris tahun lalu.
Pada Januari 2022, seorang penumpang ditemui terselamat dalam bahagian roda depan pesawat kargo Cargolux yang terbang dari Afrika ke Lapangan Terbang Schiphol di Amsterdam.