Presiden Yoon kali ke-2 tak hadir soal siasat badan antirasuah Korea Selatan

Presiden Yoon kali ke-2 tak hadir soal siasat badan antirasuah Korea Selatan

Ini kali kedua presiden Korea Selatan gagal mematuhi arahan itu, selepas mengabaikan panggilan pertama Pejabat Siasatan Rasuah Pegawai Kanan minggu lalu.

Yoon Suk-yeol
Pejabat Siasatan Rasuah Pegawai Kanan mengarahkan Yoon Suk Yeol hadir sebelum 10 pagi sebagai sebahagian siasatan terhadap pengisytiharan undang-undang tentera pada 3 Dis lalu. (Gambar AP)
SEOUL:
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Rabu tidak mengendahkan panggilan kedua badan antirasuah yang menyiasat pelaksanaan undang-undang tentera kontroversi pada 3 Dis lalu, lapor agensi berita Yonhap.

Pejabat Siasatan Rasuah Pegawai Kanan (CIO) mengarahkan Yoon hadir sebelum 10 pagi Rabu sebagai sebahagian siasatan terhadap pengisytiharan undang-undang tentera sebelum ini.

Ini kali kedua Yoon gagal mematuhi arahan itu, selepas mengabaikan panggilan pertama CIO minggu lalu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.