
Pelantikan ini diumumkan lebih seminggu selepas Parlimen meluluskan undi tidak percaya terhadap bekas perdana menteri Michel Barnier dan kerajaannya.
Menurut Agensi Anadolu (AA), Macron melantik perdana menteri baharu dengan harapan dapat membentuk kerajaan baharu dan mengeluarkan negara itu daripada krisis politik yang berlarutan sejak Jun lepas.
Selepas beberapa hari perbincangan dengan parti-parti politik, Macron turut mengadakan rundingan awal pagi Jumaat dan bertemu dengan Bayrou, 73, selama hampir satu jam 45 minit, menurut sumber kepada penyiar BFMTV.
“Presiden melantik Francois Bayrou sebagai perdana menteri dan menugaskan beliau untuk membentuk sebuah kerajaan,” menurut kenyataan Istana Presiden di platform media sosial X.
Majlis serah tugas daripada Barnier, yang kini perdana menteri sementara, dijangka berlangsung kemudian hari ini, menurut BFMTV.