Polis Korea Selatan kaji larangan perjalanan terhadap presiden Yoon

Polis Korea Selatan kaji larangan perjalanan terhadap presiden Yoon

Ia bagi menyiasat Presiden Yoon Suk Yeol berhubung tuduhan pengkhianatan dan kesalahan lain berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera minggu lalu.

Polis tidak menolak kemungkinan memanggil Presiden Yoon Suk Yeol untuk disoal siasat. (Gambar AP)
SEOUL:
Polis Korea Selatan sedang menilai kemungkinan mengenakan larangan perjalanan terhadap Presiden Yoon Suk Yeol bagi menyiasatnya berhubung tuduhan pengkhianatan dan kesalahan lain berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera minggu lalu, lapor Agensi Berita Yonhap.

“Memastikan bahan bukti diperlukan keutamaan kami. Kami membuat keputusan berdasarkan penilaian menyeluruh, termasuk kemungkinan beliau akan meninggalkan negara,” kata seorang pegawai polis ketika ditanya mengapa Yoon belum dikenakan larangan perjalanan.

Mengenai kemungkinan Yoon ditahan tanpa waran, pegawai itu berkata, ia mungkin dilakukan jika syarat tertentu dipenuhi.

Polis juga tidak menolak kemungkinan memanggil Yoon untuk disoal siasat.

“Tidak ada sekatan terhadap subjek yang sedang disiasat,” kata Woo Jong Soo, Ketua Pejabat Penyiasatan Nasional di Agensi Polis Nasional dalam sesi taklimat pada Isnin.

Polis menubuhkan pasukan khas terdiri daripada kira-kira 150 penyiasat untuk kes ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.