Lebih USD250 bilion bantuan pandemik ‘dicuri penipu’, kata kongres AS

Lebih USD250 bilion bantuan pandemik ‘dicuri penipu’, kata kongres AS

Dana itu hilang meliputi program perlindungan gaji termasuk bantuan dalam sistem pengangguran dan eksploitasi maklumat peribadi individu.

Jawatankuasa Kecil Pilihan mengenai Pandemik Koronavirus dedah kehilangan lebih USD250 bilion susulan siasatan selama dua tahun. (Gambar AP)
WASHINGTON:
Lebih USD250 bilion telah dicuri di Amerika Syarikat (AS) akibat skim penipuan dalam pembayaran bantuan kerajaan semasa pandemik Covid-19, menurut laporan ahli kongres AS susulan siasatan selama dua tahun.

“Penipu telah menyebabkan pembayar cukai Amerika kerugian lebih USD191 bilion dengan mengambil kesempatan ke atas sistem pengangguran kerajaan persekutuan dan mengeksploitasi maklumat peribadi individu,” kata laporan diterbit Jawatankuasa Kecil Pilihan mengenai Pandemik Koronavirus.

Selain itu, sekurang-kurangnya USD64 bilion dana kerajaan AS telah dicuri penipu dan penjenayah yang mengambil kesempatan ke atas “program perlindungan gaji”, menyediakan bantuan kewangan dalam bentuk pinjaman yang boleh dimaafkan jika dana itu digunakan untuk mengatasi kesukaran akibat pandemik.

Pada masa sama, sekitar USD200 juta telah “hilang” akibat kawalan lemah terhadap sokongan untuk perniagaan kecil.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.