Pesawat Rusia terbakar sebaik mendarat di Turki

Pesawat Rusia terbakar sebaik mendarat di Turki

Kesemua 79 penumpang berjaya dipindahkan tanpa sebarang kecederaan, lapor agensi berita Jerman.

Sebuah pesawat penumpang Rusia dilaporkan terbakar sejurus mendarat di Lapangan Terbang Antalya di pantai Mediterranean Turki. (Gambar X)
ISTANBUL:
Sebuah pesawat penumpang Rusia terbakar sejurus mendarat di Lapangan Terbang Antalya di pantai Mediterranean Turki.

Kesemua 79 penumpang berjaya dipindahkan tanpa sebarang kecederaan, lapor agensi berita Jerman (dpa) yang memetik laporan agensi berita Rusia, TASS.

Pasukan bomba dengan pantas memadamkan kebakaran yang berlaku pada enjin di bahagian kiri pesawat Sukhoi Superjet 100 milik syarikat penerbangan Rusia, Azimuth.

Operasi penerbangan di Lapangan Terbang Antalya disambung semula selepas kejadian itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.