
Selain itu, hukuman turut diperuntukkan bagi mereka yang membahayakan lalu lintas dengan menggunakan telefon bimbit semasa menunggang basikal.
Kerajaan juga memutuskan untuk membolehkan polis mengarahkan pesalah berulang mengikuti kursus wajib mengenai keselamatan berbasikal, satu langkah yang dijangka berkuat kuasa pada hari yang sama.
Mereka yang didapati menunggang basikal sambil menggunakan telefon boleh dikenakan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda sebanyak 100,000 yen (kira-kira RM2,978).
Sekiranya membahayakan pejalan kaki atau lalu lintas, penunggang yang didapati bersalah boleh dihukum penjara sehingga satu tahun atau denda 300,000 yen.
Mereka yang disabit kesalahan menunggang basikal melebihi had alkohol yang ditetapkan di jalan raya boleh dipenjara sehingga tiga tahun atau denda 500,000 yen.