
Ancaman keganasan meningkat sejak konflik Israel-Palestin, dengan peningkatan retorik anti-Singapura di media sosial daripada elemen ekstremis serantau, menurut Laporan Penilaian Ancaman Keganasan Singapura 2024.
Pemacu utama ancaman di Singapura ialah individu menjadi radikal menerusi pendedahan dalam talian dan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri republik itu menangani tiga kes sedemikian sejak Julai lepas.
Dua daripadanya remaja lelaki berumur 14 dan 16 tahun, manakala kes ketiga seorang wanita 33 tahun, menurut laporan itu.
Konflik Israel-Palestin yang berterusan mempengaruhi remaja 14 tahun dan wanita 33 tahun itu menjadi radikal.
Remaja 16 tahun itu pula menjadi radikal kerana terpengaruh ideologi ekstremis sayap kanan, menurut laporan itu.
Pihak berkuasa Singapura telah menangani 52 individu menjadi radikal, termasuk 40 rakyat Singapura, sejak 2015.