
MOSCOW: Naib Presiden Malawi Saulos Klaus Chilima dan sembilan penumpang lain disahkan terkorban selepas pesawat dinaiki mereka dipercayai terhempas, menurut kenyataan Presiden Lazarus Chakwera.
Memetik laporan portal berita MBC Digital pada Selasa, Sputnik melaporkan, pesawat Angkatan Pertahanan Malawi dilaporkan gagal mendarat di Lapangan Terbang Mzuzu akibat cuaca buruk.
Juruterbangnya kemudian dinasihatkan berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kamuzu di Lilongwe, sebelum pesawat itu hilang dari radar sekitar 10 pagi Isnin waktu tempatan (0800 GMT).
Serpihan pesawat tentera itu telah ditemui, lapor AFP memetik sumber.