10 cedera ditembak dalam pesta di AS

10 cedera ditembak dalam pesta di AS

Mangsa berumur 14 hingga 23 tahun.

tembak-pistol
Ketua Polis Madison, Shon Barnes berkata sembilan mangsa cedera akibat tembakan dan seorang lagi cedera terkena pecahan kaca dalam pesta di sebuah pangsapuri di pusat bandar Madison. (Gambar Freepik)
CHICAGO:
Sekurang-kurangnya 10 orang cedera dalam insiden tembakan awal pagi di Madison, ibu negeri Wisconsin, Amerika Syarikat (AS) pada Ahad.

Ketua Polis Madison, Shon Barnes dalam sidang media berkata sembilan mangsa cedera akibat tembakan, manakala seorang lagi cedera terkena pecahan kaca dalam pesta di sebuah pangsapuri di pusat bandar Madison.

Mangsa berumur 14 hingga 23 tahun.

Barnes berkata, polis menerima maklumat kejadian itu kira-kira 12.45 tengah malam.

Tiada kecederaan mengancam nyawa mangsa dilaporkan.

Polis menemui dua kelongsong peluru berbeza di tempat kejadian, menunjukkan dua senjata berbeza digunakan.

Tiada tangkapan setakat ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.