
MOSCOW: Jasad mangsa keenam dan terakhir yang hilang dalam insiden jambatan runtuh di Baltimore, Amerika Syarikat ditemui, kata pihak berkuasa menurut laporan Sputnik.
“Pasukan penyelamat Komando Bersatu menemui mangsa keenam dan segera memaklumkan Jabatan Polis Maryland…Mangsa dikenal pasti Jose Mynor Lopez, 37, dari Baltimore,” menurut kenyataan pihak berkuasa itu pada Selasa.
Menurut Komando Bersatu, mangsa antara enam pekerja binaan terbunuh ketika Jambatan Francis Scott Key di Baltimore runtuh pada Mac lalu.
“Ahli keluarga mangsa telah dimaklumkan pihak berkuasa dan pasukan pakar kesihatan mental selepas pengenalpastian positif disahkan,” menurut kenyataan itu.