Jet pejuang terhempas di pangkalan tentera Singapura

Jet pejuang terhempas di pangkalan tentera Singapura

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden itu kerana juruterbang 'bertindak balas mengikut prosedur kecemasan'.

Air Force (RSAF) F-16
‘Masalah ketika berlepas’ dilaporkan punca sebuah jet pejuang F-16 terhempas di Pangkalan Udara Tengah hari ini. (Gambar AFP)
SINGAPURA:
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan selepas sebuah jet pejuang F-16 terhempas di pangkalan tentera utara Singapura hari ini, menurut Kementerian Pertahanan.

“Juruterbang sempat melentingkan diri dan pesawat itu terhempas di Pangkalan Udara Tengah.

“Juruterbang itu sedar dan boleh berjalan. Beliau sedang menerima rawatan perubatan dan tiada kakitangan lain cedera,” katanya dalam kenyataan.

Kementerian itu berkata, jet Singapura “menghadapi masalah semasa berlepas dan juruterbang bertindak balas mengikut prosedur kecemasan”.

Katanya, siasatan ke atas nahas itu sudah dimulakan.

Insiden begini sangat jarang berlaku di Singapura yang mempunyai tentera udara paling maju di Asia Tenggara.

Pada 2010, sebuah helikopter tentera melakukan pendaratan cemas di padang terbuka dekat kawasan perumahan akibat masalah enjin.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.