
Perkhidmatan kecemasan telah dipanggil ke Westfield Bondi Junction sebelum jam 4 petang berikutan laporan itu, kata polis New South Wales dalam satu kenyataan.
“Orang ramai diminta mengelakkan kawasan itu,” kata kenyataan terbabit.
“Siasatan diteruskan berhubung kejadian itu dan tiada butiran lanjut.”
Beratus-ratus orang telah dipindahkan dari pusat beli-belah terbabit selepas kejadian itu, lapor laman berita news.com.au.
Penyiar negeri ABC melaporkan beberapa orang masih terperangkap di dalam pusat beli-belah itu.
Dua saksi memberitahu Reuters mereka terdengar bunyi tembakan.
“Walaupun selepas 20 minit orang ramai dipindah keluar, saya melihat pasukan SWAT memenuhi laluan,” kata salah seorang saksi.
Seorang saksi memberitahu mereka melihat seorang wanita terbaring dan berlindung di sebuah kedai barangan kemas.
Polis negeri New South Wales berkata operasi polis sedang dijalankan tanpa memberikan butiran lanjut.
Beberapa catatan di media sosial menunjukkan orang ramai melarikan diri dari pusat beli-belah manakala kereta polis serta perkhidmatan kecemasan bergegas ke kawasan itu.