Bas terjunam dalam lombong, 15 pekerja maut

Bas terjunam dalam lombong, 15 pekerja maut

Kemalangan itu berlaku pada 8.30 malam di kawasan Kumhari di daerah Durg, Chhattisgarh, India.

Selain mangsa yang maut, 12 yang lain turut cedera apabila sebuah bas membawa pekerja syarikat penyulingan terjunam ke dalam lombong di Chhattisgarh, India, pada Selasa.
NEW DELHI:
Sekurang-kurangnya 15 pekerja terbunuh di India selepas bas yang membawa mereka terjunam ke dalam lombong pada Selasa malam.

Kemalangan itu berlaku pada 8.30 malam di kawasan Kumhari di daerah Durg, Chhattisgarh.

Bas itu mengangkut puluhan kakitangan sebuah syarikat penyulingan selepas waktu bekerja.

Kira-kira 12 mangsa yang cedera dimasukkan ke hospital.

Siasatan sedang dijalankan untuk mengetahui punca kemalangan, kata Majistret Richa Prakash Chaudhary kepada media tempatan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.