
Kapal pembinasa INS Kolkata memintas kapal kargo itu di perairan antarabangsa 2,600km dari pantai India, pada Jumaat.
INS Kolkata dibantu pesawat peronda tentera laut P81, sebuah pesawat kawalan jauh yang boleh terbang dalam jarak jauh pada altitud tinggi dan kapal peronda INS Subhadra semasa operasi itu.
Anggota komando marin turut diturunkan dari udara menggunakan pesawat pengangkut C-17.
Tentera laut berkata menerusi usaha bersama, ia “mengasak” dan “memaksa” semua lanun menyerah diri dan membawa keluar kru yang tidak diapa-apakan.
Kapal dagang yang berdaftar di Malta itu dirampas lanun pada 14 Dis lalu berhampiran Pulau Socotra, Yaman.
Tentera Laut India mengambil pendirian tegas bagi menyokong sektor perkapalan di tengah-tengah ketengangan serantau.