Biden raih cukup perwakilan jadi calon presiden Demokrat

Biden raih cukup perwakilan jadi calon presiden Demokrat

Joe Biden diramal memenangi pemilihan peringkat pusingan awal Demokrat di Georgia, menurut unjuran media AS pada Selasa.

Kemenangan Joe Biden di Georgia menjadikannya mempunyai 1,968 daripada keseluruhan 3,934 perwakilan diperlukan untuk menjadi calon Demokrat secara rasmi. (Gambar AP)
WASHINGTON:
Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden memperoleh cukup perwakilan untuk muncul calon presiden bagi Parti Demokrat pada pilihan raya presiden AS 2024.

Ini selepas Biden diramal memenangi pemilihan peringkat pusingan awal Demokrat di Georgia, menurut unjuran media AS pada Selasa.

Kemenangan Biden di Georgia menjadikan penyandang presiden itu mempunyai 1,968 perwakilan daripada keseluruhan 3,934 perwakilan diperlukan untuk menjadi calon Demokrat secara rasmi dan mewakili parti itu pada pilihan raya presiden AS pada November ini, lapor Xinhua.

Bekas presiden, Donald Trump dijangka memenangi peringkat pusingan awal Republikan di Georgia pada Selasa dan semakin hampir dinamakan calon presiden bagi parti itu, sekali gus mengulangi pertembungan pilihan raya Presiden 2020 dengan Biden.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.